Kerap kali saya mendengar rintihan ibu - ibu muda yang mengatakan " susu sikit", "anak tak kenyang", "anak tak puas menyusu". Bukan lah saya orang nya pakar laktasi untuk menidakkan semua itu . Mungkin apa yang saya kongsikan pengalaman menyusukan anak dapat membantu ibu - ibu yang mengalami masalah penyusuan susu ibu secara exclusive breastfeed paling kurang selama 6 bulan.
Ada yang mengatakan, apabila berdiskusi tentang susu ibu, ia adalah kelucahan melampau. Namun saya berpegang dengan keistimewaan perkara ini di mana ia telah dinyatakan secara jelas dalam Al Quran tentang konsep penyusuaan ibu. Adakah itu juga dianggap kelucahan melampau?
Saya pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya ketika melahirkan anak sulung. Memang saya niat untuk menyusukan anak, tetapi tidak pula mengambil inisiatif untuk mencari ilmu penyusuan. Ketika itu, saya di kelilingi oleh orang - orang muda yang belum berkahwin. Ketika itu juga, saya sedang menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan. Saya tidak pula bertembung dengan ibu - ibu yang mengepam susu ketika waktu rehat. Mungkin juga, ketika itu saya beranggapan penyusuan susu ibu adalah proses fitrah, mudah dan "tanya emak pun boleh". Naifnya saya ketika itu. Saya tidak mahu menggunakan alasan suami jauh kerana pokok pangkalnya kesedaran dan semangat itu perlu datang dari ibu itu sendiri. Jadi , ibu perlu belajar hal - hal berkaitan penyusuan.
Oleh itu, ketika melahirkan anak kedua, saya memang telah cuba mempersiapkan diri dengan sedikit ilmu. Alhamdulillah saya berjaya mengharunginya dan ia tidak mudah. Sehingga kini, anak berusia setahun tiga bulan masih minum susu ibu. Cabaran yang datang, selalunya dari kalangan orang terdekat, namun kesabaran dan cuba memberi kefahaman kepada keluarga supaya memberi semangat kepada kita untuk menyusukan anak adalah sangat penting.
Ketika masih berpantang, saya membuat bekalan susu (EBM) untuk digunakan sebagai stok ketika saya bekerja. Tugas saya yang kadang kala perlu bekerja dan bermalam di luar memerlukan saya ada EBM. Namun stok yang saya kumpul setelah 3 bulan bercuti hanyalah 100 oz. Tidaklah sepenuh peti sejuk seperti orang lain.
Jadi saya menggunakan kaedah rolling the ebm stocks. Saya mengepam setiap 2-3 jam. Dan amaun susu yang saya dapat sekitar 2 oz paling banyak ketika itu. Saya menghadapinya sendirian namun saya rasa, jika saya tidak berjaya saya telah berusaha dan Allah jugalah sebaik - baik pemberi rezeki.
Panduannya ketika bekerja ialah : -
1. Pam susu secara berjadual. Tetapkan masa mengepam. Perlu mengepam 2-3 jam sekali. Saya mengepam pukul 3 pg, 6 pg, 9 pg, 12 tengahari, 3 petang dan 12 tengah malam. Pukul 6 petang dan pukul 9 malam adalah waktu untuk saya bersama anak saya.
2. Pukul 10 malam setelah anak tido, saya akan mengeluarkan 2 stok EBM beku dan meletakkannya di dalam chiller (suhu 3-4C)
3. Pada waktu pagi, saya mengambil 3 stok EBM cair hasil pam hari sebelumnya. Baki stok EBM hasil pam hari sebelumnya saya bekukan. 2 stok EBM yang beku telah pun mencair.
4. Saya labelkan 1-5 kepada setiap botol bagi memudahkan pengasuh untuk memanaskannya.
5. Kerapkan menyusu anak secara terus atau direct feeding bagi merangsang dan memekatkan susu. Ingat undang - undang penyusuan. Demand vs supply. Semakin banyak permintaan untuk menyusu semakin banyak susu yang dibekalkan. Namun, anda kena ingat susu tidak akan terus banyak dalam masa sehari. Kadang - kadang ia memerlukan hampir 2 minggu.
6. Apabila saya out station, saya akan pastikan stok susu adalah sebanyak
= ( amaun susu yang diminum anak setiap kali menyusu) x ( bilangan botol yang diminum sehari termasuk waktu malam)
= 5 oz x 30 botol
= jumlah tersebut di darabkan dengan bilangan hari yang saya out station.
Kalau tengok macam banyak , tapi saya berjaya melepasi halangan tersebut. Kalau kiraan yang dibuat tidak mencukupi dengan stok EBM saya, saya akan kerapkan proses pengepaman menjadi 1 jam sekali pada tengah malam kerana ketika itu hormon prolaktin sangat aktif. Insya Allah, bila positif, susu akan banyak.
2 minggu setelah naik dari bercuti pantang, saya telah out station selama 3 hari. Selama tempoh itu, saya akur dengan jadual pengepaman susu yang saya buat. Dan saya berhasil menggantikan stok EBM yang telah digunakan sebelum itu. Jadi kalau saya boleh, anda juga pasti boleh buat.
Susu ibu dipengaruhi oleh hormon, perasaan dan tahap stress seorang ibu itu. Semakin stress atau semakin tidak stabil hormon, atau semakin letih ibu tersebut, semakin kuranglah susu yang dapat dipam.
Oleh itu, saya menggunakan set menyusu asas SHAKLEE pada usia anak saya 7 bulan. Saya mengambil Vitalea untuk tenaga seharian supaya tidak letih. Saya mengambil Alfalfa sebagai milk booster terutamanya apabila saya mahu mengepam setiap 1 jam. Saya juga mengambil ESP untuk mengenyangkan saya dan menambah tenaga. Di samping ibu kenyang, anak juga semakin kenyang. Tidak lupa juga ostematrik supaya saya tidak sembelit dan mengekalkan kandungan kalsium dalam tubuh.
7. Jangan sekat makan. Makan secara seimbang. Jika keperluan makan anda dipenuhi dengan sempurna, anada tidak memerlukan vitamin untuk menyusu. Jadi SHAKLEE tidak berfungsi sebagai bahan untuk menambah susu ibu tetapi ia membantu ibu dalam menghadapi cabaran penyusuan susu ibu.
Kita akan cepat lapar apabila menyusu kerana jumlah kalori yang dibakar setiap kali penyusuan dan pengepaman susu ibu sama dengan jumlah kalori ketika anda bersukan. Penat. Shaklee sekadar melengkapkan keperluan badan ibu untuk menyusu. Contohnya B complex untuk kestabilan emosi. Apabila ibu gembiran, pastinya susu akan banyak.
Selain itu, susu pekat atau susu nampak cair telah diciptakan Allah khas untuk anak ketika itu. Jika susu nampak cair, ia mungkin disebabkan cuaca panas, atau suhu badan anak yang panas (demam). Jumlah air dilebihkan (cair) dan khasiatnya tetap sama. Jika susu nampak pekat, besar kemungkinan cuaca sejuk, dan susu ibu ditambah kandungan lemak bagi memanaskan tubuh anak disamping mengenyangkan anak.
Jika anda rasa anak anda tidak kenyang dengan susu ibu, lihat carta pertambahan berat bayi, jika meningkat setiap bulan, pastinya anak anda kenyang dengan susu anda. Jangan risau.
Jadi , sebenarnya tiada alasan lagi untuk tidak menyusukan anak. Gali ilmu, pastikan sentiasa amal. Selamat berjaya.
No comments:
Post a Comment