Tuesday 29 October 2013

Panduan untuk ibu bekerja dan menyusukan anak

Kerap kali saya mendengar rintihan ibu - ibu muda yang mengatakan " susu sikit", "anak tak kenyang", "anak tak puas menyusu". Bukan lah saya orang nya pakar laktasi untuk menidakkan semua itu . Mungkin apa yang saya kongsikan pengalaman menyusukan anak dapat membantu ibu - ibu yang mengalami masalah penyusuan susu ibu secara exclusive breastfeed paling kurang selama 6 bulan.

Ada yang mengatakan, apabila berdiskusi tentang susu ibu, ia adalah kelucahan melampau. Namun saya berpegang dengan keistimewaan perkara ini di mana ia telah dinyatakan secara jelas dalam Al Quran tentang konsep penyusuaan ibu. Adakah itu juga dianggap kelucahan melampau?

Saya pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya ketika melahirkan anak sulung. Memang saya niat untuk menyusukan anak, tetapi tidak pula mengambil inisiatif untuk mencari ilmu penyusuan. Ketika itu, saya di kelilingi oleh orang - orang muda yang belum berkahwin. Ketika itu juga, saya sedang menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan. Saya tidak pula bertembung dengan ibu - ibu yang mengepam susu ketika waktu rehat. Mungkin juga, ketika itu saya beranggapan penyusuan susu ibu adalah proses fitrah, mudah dan "tanya emak pun boleh". Naifnya saya ketika itu. Saya tidak mahu menggunakan alasan suami jauh kerana pokok pangkalnya kesedaran dan semangat itu perlu datang dari ibu itu sendiri. Jadi , ibu perlu belajar hal - hal berkaitan penyusuan.

Oleh itu, ketika melahirkan anak kedua, saya memang telah cuba mempersiapkan diri dengan sedikit ilmu. Alhamdulillah saya berjaya mengharunginya dan ia tidak mudah. Sehingga kini, anak berusia setahun tiga bulan masih minum susu ibu. Cabaran yang datang, selalunya dari kalangan orang terdekat, namun kesabaran dan cuba memberi kefahaman kepada keluarga supaya memberi semangat kepada kita untuk menyusukan anak adalah sangat penting.

Ketika masih berpantang, saya membuat bekalan susu (EBM) untuk digunakan sebagai stok ketika saya bekerja. Tugas saya yang kadang kala perlu bekerja dan bermalam di luar memerlukan saya ada EBM. Namun stok yang saya kumpul setelah 3 bulan bercuti hanyalah 100 oz. Tidaklah sepenuh peti sejuk seperti orang lain.

Jadi saya menggunakan kaedah rolling the ebm stocks. Saya mengepam setiap 2-3 jam. Dan amaun susu yang saya dapat sekitar 2 oz paling banyak ketika itu. Saya menghadapinya sendirian namun saya rasa, jika saya tidak berjaya saya telah berusaha dan Allah jugalah sebaik - baik pemberi rezeki.

Panduannya ketika bekerja ialah : -

1. Pam susu secara berjadual. Tetapkan masa mengepam. Perlu mengepam 2-3 jam sekali. Saya mengepam pukul 3 pg, 6 pg, 9 pg, 12 tengahari, 3 petang dan 12 tengah malam. Pukul 6 petang dan pukul 9 malam adalah waktu untuk saya bersama anak saya.

2. Pukul 10 malam setelah anak tido, saya akan mengeluarkan 2 stok EBM beku dan meletakkannya di dalam chiller (suhu 3-4C)

3. Pada waktu pagi, saya mengambil 3 stok EBM cair hasil pam hari sebelumnya. Baki stok EBM hasil pam hari sebelumnya saya bekukan. 2 stok EBM yang beku telah pun mencair.

4. Saya labelkan 1-5 kepada setiap botol bagi memudahkan pengasuh untuk memanaskannya.

5. Kerapkan menyusu anak secara terus atau direct feeding bagi merangsang dan memekatkan susu. Ingat undang - undang penyusuan. Demand vs supply. Semakin banyak permintaan untuk menyusu semakin banyak susu yang dibekalkan. Namun, anda kena ingat susu tidak akan terus banyak dalam masa sehari. Kadang - kadang ia memerlukan hampir 2 minggu.

6. Apabila saya out station, saya akan pastikan stok susu adalah sebanyak

= ( amaun susu yang diminum anak setiap kali menyusu) x ( bilangan botol yang diminum sehari termasuk                                                                                               waktu malam)
= 5 oz x 30 botol

= jumlah tersebut di darabkan dengan bilangan hari yang saya out station.

Kalau tengok macam banyak , tapi saya berjaya melepasi halangan tersebut. Kalau kiraan yang dibuat tidak mencukupi dengan stok EBM saya, saya akan kerapkan proses pengepaman menjadi 1 jam sekali pada tengah malam kerana ketika itu hormon prolaktin sangat aktif. Insya Allah, bila positif, susu akan banyak.

2 minggu setelah naik dari bercuti pantang, saya telah out station selama 3 hari. Selama tempoh itu, saya akur dengan jadual pengepaman susu yang saya buat. Dan saya berhasil menggantikan stok EBM yang telah digunakan sebelum itu. Jadi kalau saya boleh, anda juga pasti boleh buat.

Susu ibu dipengaruhi oleh hormon, perasaan dan tahap stress seorang ibu itu. Semakin stress atau semakin tidak stabil hormon, atau semakin letih ibu tersebut, semakin kuranglah susu yang dapat dipam.

Oleh itu, saya menggunakan set menyusu asas SHAKLEE pada usia anak saya 7 bulan. Saya mengambil Vitalea untuk tenaga seharian supaya tidak letih. Saya mengambil Alfalfa sebagai milk booster terutamanya apabila saya mahu mengepam setiap 1 jam. Saya juga mengambil ESP untuk mengenyangkan saya dan menambah tenaga. Di samping ibu kenyang, anak juga semakin kenyang. Tidak lupa juga ostematrik supaya saya tidak sembelit dan mengekalkan kandungan kalsium dalam tubuh.

7. Jangan sekat makan. Makan secara seimbang. Jika keperluan makan anda dipenuhi dengan sempurna, anada tidak memerlukan vitamin untuk menyusu. Jadi SHAKLEE tidak berfungsi sebagai bahan untuk menambah susu ibu tetapi ia membantu ibu dalam menghadapi cabaran penyusuan susu ibu.

Kita akan cepat lapar apabila menyusu kerana jumlah kalori yang dibakar setiap kali penyusuan dan pengepaman susu ibu sama dengan jumlah kalori ketika anda bersukan. Penat. Shaklee sekadar melengkapkan keperluan badan ibu untuk menyusu. Contohnya B complex untuk kestabilan emosi. Apabila ibu gembiran, pastinya susu akan banyak.

Selain itu, susu pekat atau susu nampak cair telah diciptakan Allah khas untuk anak ketika itu. Jika susu nampak cair, ia mungkin disebabkan cuaca panas, atau suhu badan anak yang panas (demam). Jumlah air dilebihkan (cair) dan khasiatnya tetap sama. Jika susu nampak pekat, besar kemungkinan cuaca sejuk, dan susu ibu ditambah kandungan lemak bagi memanaskan tubuh anak disamping mengenyangkan anak.

Jika anda rasa anak anda tidak kenyang dengan susu ibu, lihat carta pertambahan berat bayi, jika meningkat setiap bulan, pastinya anak anda kenyang dengan susu anda. Jangan risau.

Jadi , sebenarnya tiada alasan lagi untuk tidak menyusukan anak. Gali ilmu, pastikan sentiasa amal. Selamat berjaya.




Sunday 20 October 2013

Kebaikan Vitamin E dan kaitannya dengan kanser

Apakah itu vitamin E ?

Selalunya kita akan lebih maklum dengan fungsi vitamin C dan vitamin - vitamin lain. Vitamin E pula lebih dikenali sebagai vitamin untuk kulit. Sebenarnya fungsi vitamin E lebih daripada itu. Vitamin E merupakan vitamin yang larut lemak. Ingat A,D,E,K. Semuanya merupakan kumpulan vitamin yang larut lemak. Tubuh kita semestinya mempunyai lemak dan kalau kita kekurangan lemak, kita mungkin mengalami penyakit yang disebabkan kekurangan vitamin E. Ahli keluarga Vitamin E  atau kumpulan yang mempunyai vitamin E selalunya dikenali dengan nama tokoferol. Samada ia adalah alpha tocopherol, beta tocopherol, gamma tocopherol dan delta tocopherol.

Fungsi dan kebaikan makanan yang tinggi vitamin E ke atas tubuh kita?

  • Memelihara kulit dari pancaran sinar ultra ungu (UV)
  • Mengelakkan kerosakan sel disebabkan radikal bebas.
  • Membantu proses interaksi antara sel berjalan lancar.
  • Membantu mengelakkan penyakit kanser prostat dan penyakit Alzheimer.
Keadaan yang menunjukkan tubuh kita kekurangan vitamin E.

  • Mengalami masalah pencernaan dan kegagalan penyerapan nutrien utama di dalam sistem pencernaan badan.
  • Menggeletar dan kekurangan fungsi pergerakan lengan, tangan aau kaki (lemah lutut).
  • Kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Makanan yang kaya dengan vitamin E ialah

bayam, sengkuang hijau, mustard, cayenne pepper, badam, biji bunga matahari, asparagus dan cili benggala, minyak zaitun, minyak biji gandum.
Perhatikan, semuanya makanan yang disebutkan mempunyai warna yang terang.

Fungsinya terhadap penyakit - penyakit serius seperti kanser pundi kencing

Vitamin E berfungsi dan menjalankan tugas dengan kumpulan - kumpulan nutrien berikut iaitu Vitamin C, selenium, glutathione dan vitamin B3. Kesemua nutrin ini bergabung untuk menentang proses pengoksidaan yang berlaku kepada tubuh akibat kehadiran radikal bebas. Apabila radikal bebas banyak, maka wujudlah penyakit seperti kanser dan sebagainya.

Menurut kajian yang dibentang pada perjumpaan tahunan oleh American Association of Cancer Research, Orlando, Florida pada 23 Mei 2004 menunjukkan, kanser pundi kencing menduduki tangga keempat yang membunuh hampir 12,500 warga Amerika setiap tahun. Kanser ini berlaku 4 kali lebih banyak di kalangan lelaki berbanding wanita. Sesiapa yang memasukkan makanan kaya dengan vitamin E seperti alpha tocopherol mengurangkan hampir 42% risiko terkena penyakit tersebut . Bagi sesiapa yang mengambil vitamin E sebagai makanan tambahan dalam bentuk pil juga mengurangkan risiko sehingga 44%.

Kajian yang dibentangkan dalam prosiding National Academy of Sciences menunjukkan, bentuk lain vitamin E iaitu gamma tocopherol dan delta tocopherol menghalang pembentukan sel kanser prostat dan ia juga dilihat tidak mengganggu sel prostat yang sihat.

Vitamin E mempunyai peranan penting untuk rawatan penyakit - penyakit berikut :-

  • Acne (jerawat)
  • Alzheimer
  • Asthma
  • Atherosclerosis
  • Kanser payu dara
  • Diabetes
  • Epilepsi
  • Gout
  • Graves' Disease
  • Kemandulan (lelaki)
  • Inflammatory bowel disease
  • Menopouse
  • Migraine
  • Multiple sclerosis
  • Kanser oral
  • Ostheoarthritis
  • Parkinson
  • Peptic ulser
  • PMS (senggugut)
  • Darah tinggi ketika mengandung
  • Psoriasis
  • Rheumatoid Athritis
  • Stroke
  • Senile cataracts

Vitamin E Complex Shaklee


Kebanyakan supplement atau makanan tambahan Vitamin E di pasaran tidak mengandungi beta, gamma, delta tocopherol tetapi hanya mempunyai alpha tocopherol. Walau bagaimanpun, Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E yang terlengkap yang mengandungi alpha, beta,gama dan delta tokopherol dan dihasilkan daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum.

Ia juga mengandungi selenium 10 mg semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E.

Kaitan selenium dan Vitamin E




Berapa amaun Vitamin E yang cukup untuk melawan radikal bebas?

400IU vitamin E bersamaan 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8 kg bayam dan 500g badam.

Cadangan Vitamin E Shaklee setiap hari 

Untuk memelihara kesihatan : 1 kapsul setiap hari
Untuk anti penuaan dan kesuburan : 2 biji sehari
Untuk menentang kanser dan mengurangkan parut : 2 biji kapsul x 2 kali sehari

Untuk mendapatkan vitamin E shaklee dan khidmat nasihat secara percuma, hubungi :

Zunairah Abdul Ghani 012-2248189
FB : Zunairah Abdul Ghani
Fanpages : Superfood Store Sabak Bernam
Blog : superfoodstoresb.blogspot.com
          zunairahghani.blogspot.com




Wednesday 16 October 2013

FAQ : Tips diet dengan Indeks glisemik (GI)

Apakah yang dikatakan indeks glisemik?

Indeks glisemik merupakan kadar ukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesuatu makanan, berdasarkan berapa pantas karbohidrat tersebut menaikkan paras glukosa dalam darah.Ada banyak faktor yang mempengaruhi GI seperti kuantiti makanan, jumlah dan jenis karbohidrat (contohnya serat dan glukosa), tahap pemprosesan makanan, kandungan protein dan lemak, keasidan dan lain - lain.

Bagaimana hendak menentukan GI tinggi atau rendah?

Nombor indeks bermula dari 0 hingga 100 di mana 0 adalah makanan dan minuman yang tidak mempunyai kandungan karbohidrat manakala 100 pula menunjukkan skor rujukan untuk glokosa tulen.

Apakah kategori indeks glisemik?

Indeks glisemik rendah - di bawah paras 55
Indeks glisemik sederhana - antara 56 - 69
Indeks glisemik tinggi - melebihi paras 70

Apa yang berlaku jika indeks glisemik tinggi ?

Makanan tersebut akan menaikkan kandungan gula dalam darah dengan mendadak.

Apa yang akan berlaku jika indeks glisemik rendah?

Makanan tersebut akan menaikkan paras glukosa dalam badan secara beransur - ansur.

Bagaimanakah diet pemakanan indeks glisemik dapat meningkatkan tahap kualiti hidup?

Oleh kerana makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah akan menaikkan paras glukosa dalam badan secara beransur - ansur, maka ia akan memberikan perasaan 'puas' selepas makan dan akan rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama, lantas mengurangkan tabiat  makan secara berlebihan (makan makanan ringan).

Sebaliknya , makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi akan menyebabkan peningkatan perembesan tenaga oleh badan tetapi ia singkat. Jadi badan akan merasa lapar semula walaupun baru sahaja makan dan mencetuskan rasa "tidak puas" atau "craving" selepas makan sekaligus mengakibatkan makan secara berlebihan.

Kajian yang dijalankan oleh pakar diabetes UK , mengikuti diet yang mengandungi banyak makanan yang mempunyai nilai GI yang rendah dapat membantu mencegah atau mengurangkan risiko mendapat diabetes Jenis 2, meningkatkan tahap kolesterol baik dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Apakah produk Shaklee yang rendah Indeks glisemiknya?

Tahukah anda produk Shaklee iaitu ESP dan Mealshake terbukti secara saintifik mempunyai nilai indeks glisemik yang rendah. ESP mempunyai nilai GI yang rendah iaitu 39. Yakult Ace Light pun mempunyai nilai GI 36.

Thursday 10 October 2013

Set berpantang Shaklee

Seronok dan berdebar rasanya apabila nak menanti kehadiran orang baru. Namun dalam kesibukan dan kegembiraan membeli pakaian bayi yang kiut miut jangan lupa untuk membeli kelengkapan untuk ibu juga selepas bersalin nanti. Antara kelengkapan bersalin yang perlu ialah set berpantang untuk ibu. Nama sahaja set berpantang tetapi sebenarnya ia adalah set vitamin yang diformulasikan sesuai untuk wanita selepas bersalin. Malah set berpantang Shaklee tidak memerlukan air rebusan dan sebagainya. Selain itu set berpantang Shaklee boleh digabung jalinkan penggunaannya dengan Set berpantang jenama lain. Tiada masalah kalau nak guna minyak Herbanika keluaran nona roguy, minyak kelapa dara keluaran Tanamera hinggakan boleh juga guna set mandi semasa berpantang dari toko - toko ubat cina.

Selain itu, set berpantang Shaklee boleh diambil ibu tanpa masalah walaupun bayi yang baru lahir terkena demam kuning atau jaundis. Set berpantang Shaklee terdiri daripada multivitamin yang diperkaya dengan zat besi iaitu Vitalea. Ia bagus untuk memberi kecergasan tubuh kepada ibu setelah kehilangan darah yang banyak selepas bersalin. Zat besi yang ada dalam multivitamin tersebut membantu menghasilkan sel darah merah yang baru dengan sempurna. Ia juga meningkatkan tenaga ibu yang perlu berjaga malam melayan kerenah si kecil yang bangun menyusu. Selain itu kandungan pelbagai vitamin perlu serba lengkap dalam Vitalea. Semuanya di dalam satu tablet sahaja. Hanya sebiji sehari.

Kemudian, di dalam Set Berpantang Shaklee turut dilengkapkan dengan B Complex. Pengambilannya juga hanya sebiji sehari. B Complex berfungsi untuk memberi kestabilan emosi kepada ibu. Ibu yang baru bersalin akan berhadapan dengan ketidakseimbangan hormon sebelum bersalin dan selepas bersalin.Hormon dalam tubuh cuba mencapai keseimbangan dalam tempoh yang singkat menyebabkan kesan ketidakstabilan emosi ketika itu. Dalam erti kata lain, B complex membantu mengelakkan penyakit meroyan yang disebabkan pengaruh hormon ke atas emosi ibu.

Vit C di dalam Set Berpantang Shaklee membantu penyerapan semua zat vitamin lain. Selain itu, pernahkan anda mendengar petua yang mengatakan, untuk mempercepatkan rahim mengecut, kena makan limau banyak - banyak. Jadi Vit C yang sedia ada dalam set berpantang Shaklee sangat banyak fungsinya . Ini termasuklah mencantikkan kulit yang kusam ketika hamil dahulu. Pastinya kulit akan lebih berseri di samping zatnya bagi meningkatkan imun sistem anak yang diserap dari susu ibu semakin baik.

Set Berpantang Shaklee juga mengandungi zink Complex yang berfungsi untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Set ini sangat sesuai untuk sesiapa yang bersalin normal atau secara pembedahan. 

Selain itu, terdapat ibu - ibu yang menambah vitamin-vitamin lain seperti Lecithin yang sesuai untuk membantu penurunan berat badan. Ia akan menggantikan posisi lemak jahat yang disingkirkan melalui sistem perkumuhan .

Alfalfa turut di ambil bagi meningkatkan kandungan susu kerana alfalfa mampu menjadi milk booster.Pengambilan Alfalfa perlu dikurangkan ketika awal kelahiran kerana jika berlebihan, pam ikut suka, si ibu akan mengalami bengkak susu. Syor saya, alfalfa diambil selepas 15 hari berpantang.

ESP dan ostematrix juga sesuai untuk kegunaan ibu yang lepas bersalin. Kebaikan ESP tidak perlulah saya ceritakan lagi.

O stematrix sangat berguna untuk melawas perut untuk ibu yang baru lepas bersalin.

Jadi kepada sesiapa yang berminat , boleh hubungi saya di talian berikut : 012-2248189 atau pm ataupun sms. 

Email ke alamat berikut : zunairahagi@gmail.com


Monday 7 October 2013

Testimoni pengguna GLA Complex, B Complex, Alfalfa, Lecithin dan ESP Shaklee

Sebelum ni, Zu dah cerita kebaikan GLA Complex kepada perempuan terutamanya walaupun sebenarnya ia sesuai juga untuk kaum Adam. 

B Complex, Alfalfa, Lecithin, dan ESP Shaklee antara produk meletop Shaklee. Sering sahaja produk ini kehabisan stok di pusat jualan Shaklee jika tiba musim - musim perayaa disebabkan permintaan yang tinggi dari pengguna Shaklee sendiri. Semuanya dilanda panic attack termasuk pengedarnya sendiri.Hihihi.

Pengguna ini menggunakan GLA Complex dan B Complex untuk masalah mestruasinya atau nama popularnya period.

Beliau juga menggunakan Alfalfa, ESP dan Lecithin untuk menurunkan berat badannya akibat penggunaan ubat mengawal masalah periodnya.

Di samping itu, beliau mendapat faedah alfalfa dan ESP dalam hubungan intimnya dengan suami.

Selain itu, masalah kulit lutut kering juga dapat diatasi dengan ESP Shaklee.


Tunggu apa lagi.Jom ikhtiar dengan produk Shaklee.


Jadi kalau ada yang berminat dengan produk Shaklee, Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:



♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 907821 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012-2248189
♥ Emel : zunairahagi@gmail.com

♥ FB Fan Page: Superfood Store Sabak Bernam

Sebab - sebab ramai kata jag penapis air Get Clean Shaklee ni best.



Kali ni, Zu nak kongsikan penggunaan water pitcher Shaklee yang digunakan untuk menapis air. Zu mula guna water pitcher atau jag ni hampir 3 bulan. 

Zu dah pernah guna   bermacam - macam jenis penapis air, dari yang mahal sangat sehingga yang paling murah, penapis air Shaklee nilah yang paling senang dan mudah untuk dikendalikan.


Sebab - sebab Zu pilih water pitcher Shaklee ni adalah :

* ia mobile. tidak perlu ada tiub atau wayar yang berselirat. Boleh bawa ke mana - mana , terutama untuk kaki jalan macam Zu.

* Kalau berhenti kat mana - mana tempat terpencil, ada sumber air paip, Zu dah boleh terus tapis dan boleh terus diminum. (Camping @ kawasan kampung )

*Ia tak terlalu besar dan berat.

* Ia tak perlu dicuci setiap minggu atau bulan. Filternya terus digantikan bila dah cukup tempoh mengikut kiraan pada jag.Kalau beli set lengkap Get Clean Water Pitcher, terus datang dengan  4 filter jag sekaligus dengan harga tak sampai RM500.

* Mesra alam

* Murah dan mudah dipasang.Do it yourself kaedahnya.

* Rasa airnya sedap, tak ada bau yang kurang menyenangkan.

Berdasarkan apa yang Zu baca daripada buku info produk tentang water pitcher ni, ia mampu mengurangkan sehingga 99% lead (plumbum), serta berpuluh - puluh bahan cemar yang lain. Setiap penapis yang digunakan mampu menapis sehingga 80 gelen air lebih kurang 303Liter air. Zu guna dari bulan Julai belum cukup 80 gelen air lagi.

Paling mengagumkan, ia menggunakan ARANG TEMPURUNG KELAPA yang tahan lasak dan mesra alam sekitar sebagai bahan asas karbon penapis airnya. Jadi sudah tentu ia selamat dan dari bahan semulajadi.

Sebenarnya banyak sebab, tetapi yang di atas itulah sebab yang utama Zu pilih Water Pitcher Get Clean Shaklee. Jom lihat testimoni pengguna yang telah menggunakan Water Pitcher Shaklee ni selain Zu.



Jadi kalau ada yang berminat dengan water pitcher Get Clean Shaklee, Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:



♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 907821 ]

♥ Contact No | WhatsApp :012-2248189
♥ Emel : zunairahagi@gmail.com
♥ FB Fan Page: Superfood Store Sabak Bernam



Tuesday 1 October 2013

SKIN CARE SHAKLEE - ENFUSELLES

SKIN CARE ENFUSELLES - Sesuai pd yg berumur 25 ke atas atau yang punya masalah kulit berminyak, terlalu kering, dan sensitif..untuk memudahkan anda membuat pilihan, 2 kategori product Enfuselles :

(i) Normal to Dry Skin :  sesuai utk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif..terdiri daripada :

1) Hydrating Cleansing Lotion :
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2) Hydrating Toner :
Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

3) Hydrating Moisturizer :
Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.

Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik

4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

(ii) Normal to Oily Skin - sesuai utk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif..Ianya terdiri daripada :

1) Purifying Cleansing Gel :
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.

  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2) Purifying Toner :
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.

  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik

3) Balancing Moisturizer :
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:

  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik

4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus

Terbukti secara klinikal:

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.


sumber : Shaklee Malaysia

FAQ : Collagen Shaklee


1) Apa istimewanya collagen Shaklee?


Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)


2) Macam mana bentuk collagen Shaklee? Serbuk ke pil?


Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. I kotak mengandungi 15 sacet di mana setiap sacet mengandungi 15mg. 


3) Tahan berapa lama collagen Shaklee?


Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sacet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15 hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan). 


4) Macam mana aturan makan collagen Shaklee?


Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau MealShake, boleh dibancuh bersama ESP dan MealShake. Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah: 

- jus Twister Tropicana + collagen
- Milo/Serbuk Coklat Cadbury + collagen
- any fruit juice + collagen

Pengguna bebas nk campurkan collagen dengan mana2 minuman. Asal sedap sudah.


5) Berapa harga collagen Shaklee?


Retail price RM298. Nak harga runtuh bulan Oktober ni, sila PM saya (012-2248189)

Jangan terkejut, kenapa ia mahal? Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan collagen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti. 

6) Siapa sesuai amik collagen Shaklee?


Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 

★Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
★Gusi yang tidak sihat
★Rambut kering dan bercabang di hujung
★Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
★Garis halus pada leher
★Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
★Payudara dan punggung kelenturan
★Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
★Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan


7) Macam mana rasa collagen Shaklee?


Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tp rase tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba. 


8) Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 


Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam. 


9) Ibu menyusu boleh amik tak collagen Shaklee? 


Kebanyakan kandungan collagen powder Shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen selama 4 hari berturut2 jika tiada kesan keapda bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added. 


Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba.

Credit Cik Puan Anis, Hadhatina Mkb

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 907821 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012-2248189
♥ Emel : zunairahagi@gmail.com
♥ FB Fan Page: Superfood Store Sabak Bernam