Sunday 20 October 2013

Kebaikan Vitamin E dan kaitannya dengan kanser

Apakah itu vitamin E ?

Selalunya kita akan lebih maklum dengan fungsi vitamin C dan vitamin - vitamin lain. Vitamin E pula lebih dikenali sebagai vitamin untuk kulit. Sebenarnya fungsi vitamin E lebih daripada itu. Vitamin E merupakan vitamin yang larut lemak. Ingat A,D,E,K. Semuanya merupakan kumpulan vitamin yang larut lemak. Tubuh kita semestinya mempunyai lemak dan kalau kita kekurangan lemak, kita mungkin mengalami penyakit yang disebabkan kekurangan vitamin E. Ahli keluarga Vitamin E  atau kumpulan yang mempunyai vitamin E selalunya dikenali dengan nama tokoferol. Samada ia adalah alpha tocopherol, beta tocopherol, gamma tocopherol dan delta tocopherol.

Fungsi dan kebaikan makanan yang tinggi vitamin E ke atas tubuh kita?

  • Memelihara kulit dari pancaran sinar ultra ungu (UV)
  • Mengelakkan kerosakan sel disebabkan radikal bebas.
  • Membantu proses interaksi antara sel berjalan lancar.
  • Membantu mengelakkan penyakit kanser prostat dan penyakit Alzheimer.
Keadaan yang menunjukkan tubuh kita kekurangan vitamin E.

  • Mengalami masalah pencernaan dan kegagalan penyerapan nutrien utama di dalam sistem pencernaan badan.
  • Menggeletar dan kekurangan fungsi pergerakan lengan, tangan aau kaki (lemah lutut).
  • Kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Makanan yang kaya dengan vitamin E ialah

bayam, sengkuang hijau, mustard, cayenne pepper, badam, biji bunga matahari, asparagus dan cili benggala, minyak zaitun, minyak biji gandum.
Perhatikan, semuanya makanan yang disebutkan mempunyai warna yang terang.

Fungsinya terhadap penyakit - penyakit serius seperti kanser pundi kencing

Vitamin E berfungsi dan menjalankan tugas dengan kumpulan - kumpulan nutrien berikut iaitu Vitamin C, selenium, glutathione dan vitamin B3. Kesemua nutrin ini bergabung untuk menentang proses pengoksidaan yang berlaku kepada tubuh akibat kehadiran radikal bebas. Apabila radikal bebas banyak, maka wujudlah penyakit seperti kanser dan sebagainya.

Menurut kajian yang dibentang pada perjumpaan tahunan oleh American Association of Cancer Research, Orlando, Florida pada 23 Mei 2004 menunjukkan, kanser pundi kencing menduduki tangga keempat yang membunuh hampir 12,500 warga Amerika setiap tahun. Kanser ini berlaku 4 kali lebih banyak di kalangan lelaki berbanding wanita. Sesiapa yang memasukkan makanan kaya dengan vitamin E seperti alpha tocopherol mengurangkan hampir 42% risiko terkena penyakit tersebut . Bagi sesiapa yang mengambil vitamin E sebagai makanan tambahan dalam bentuk pil juga mengurangkan risiko sehingga 44%.

Kajian yang dibentangkan dalam prosiding National Academy of Sciences menunjukkan, bentuk lain vitamin E iaitu gamma tocopherol dan delta tocopherol menghalang pembentukan sel kanser prostat dan ia juga dilihat tidak mengganggu sel prostat yang sihat.

Vitamin E mempunyai peranan penting untuk rawatan penyakit - penyakit berikut :-

  • Acne (jerawat)
  • Alzheimer
  • Asthma
  • Atherosclerosis
  • Kanser payu dara
  • Diabetes
  • Epilepsi
  • Gout
  • Graves' Disease
  • Kemandulan (lelaki)
  • Inflammatory bowel disease
  • Menopouse
  • Migraine
  • Multiple sclerosis
  • Kanser oral
  • Ostheoarthritis
  • Parkinson
  • Peptic ulser
  • PMS (senggugut)
  • Darah tinggi ketika mengandung
  • Psoriasis
  • Rheumatoid Athritis
  • Stroke
  • Senile cataracts

Vitamin E Complex Shaklee


Kebanyakan supplement atau makanan tambahan Vitamin E di pasaran tidak mengandungi beta, gamma, delta tocopherol tetapi hanya mempunyai alpha tocopherol. Walau bagaimanpun, Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E yang terlengkap yang mengandungi alpha, beta,gama dan delta tokopherol dan dihasilkan daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum.

Ia juga mengandungi selenium 10 mg semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E.

Kaitan selenium dan Vitamin E




Berapa amaun Vitamin E yang cukup untuk melawan radikal bebas?

400IU vitamin E bersamaan 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8 kg bayam dan 500g badam.

Cadangan Vitamin E Shaklee setiap hari 

Untuk memelihara kesihatan : 1 kapsul setiap hari
Untuk anti penuaan dan kesuburan : 2 biji sehari
Untuk menentang kanser dan mengurangkan parut : 2 biji kapsul x 2 kali sehari

Untuk mendapatkan vitamin E shaklee dan khidmat nasihat secara percuma, hubungi :

Zunairah Abdul Ghani 012-2248189
FB : Zunairah Abdul Ghani
Fanpages : Superfood Store Sabak Bernam
Blog : superfoodstoresb.blogspot.com
          zunairahghani.blogspot.com




No comments:

Post a Comment