Apakah yang dikatakan indeks glisemik?
Indeks glisemik merupakan kadar ukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesuatu makanan, berdasarkan berapa pantas karbohidrat tersebut menaikkan paras glukosa dalam darah.Ada banyak faktor yang mempengaruhi GI seperti kuantiti makanan, jumlah dan jenis karbohidrat (contohnya serat dan glukosa), tahap pemprosesan makanan, kandungan protein dan lemak, keasidan dan lain - lain.
Bagaimana hendak menentukan GI tinggi atau rendah?
Nombor indeks bermula dari 0 hingga 100 di mana 0 adalah makanan dan minuman yang tidak mempunyai kandungan karbohidrat manakala 100 pula menunjukkan skor rujukan untuk glokosa tulen.
Apakah kategori indeks glisemik?
Indeks glisemik rendah - di bawah paras 55
Indeks glisemik sederhana - antara 56 - 69
Indeks glisemik tinggi - melebihi paras 70
Apa yang berlaku jika indeks glisemik tinggi ?
Makanan tersebut akan menaikkan kandungan gula dalam darah dengan mendadak.
Apa yang akan berlaku jika indeks glisemik rendah?
Makanan tersebut akan menaikkan paras glukosa dalam badan secara beransur - ansur.
Bagaimanakah diet pemakanan indeks glisemik dapat meningkatkan tahap kualiti hidup?
Oleh kerana makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah akan menaikkan paras glukosa dalam badan secara beransur - ansur, maka ia akan memberikan perasaan 'puas' selepas makan dan akan rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama, lantas mengurangkan tabiat makan secara berlebihan (makan makanan ringan).
Sebaliknya , makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi akan menyebabkan peningkatan perembesan tenaga oleh badan tetapi ia singkat. Jadi badan akan merasa lapar semula walaupun baru sahaja makan dan mencetuskan rasa "tidak puas" atau "craving" selepas makan sekaligus mengakibatkan makan secara berlebihan.
Kajian yang dijalankan oleh pakar diabetes UK , mengikuti diet yang mengandungi banyak makanan yang mempunyai nilai GI yang rendah dapat membantu mencegah atau mengurangkan risiko mendapat diabetes Jenis 2, meningkatkan tahap kolesterol baik dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Apakah produk Shaklee yang rendah Indeks glisemiknya?
Tahukah anda produk Shaklee iaitu ESP dan Mealshake terbukti secara saintifik mempunyai nilai indeks glisemik yang rendah. ESP mempunyai nilai GI yang rendah iaitu 39. Yakult Ace Light pun mempunyai nilai GI 36.
No comments:
Post a Comment