Baru - baru ini saya berkesempatan untuk membaca satu artikel berkenaan dengan Nitrosamin. Tajuknya nitrosamin penyebab kanser. Ada pula gambar burger. Apa kaitan nitrosamin dengan burger? Dalam entri ini saya akan kupas perkaitannya dengan kanser, dengan burger, dengan vitamin C dan bioflavanoid secara santai.
Apakah itu nitrosamin?
Nitrosamin merupakan komponen kimia yang terhasil akibat tindak balas kimia dalam makanan. Namun ia juga boleh terdapat dalam produk diperbuat dari getah. Di dalam produk makanan terutamanya produk hasilan daging dan juga tinggi protein, bahan seperti natrium nitrit digunakan bagi mengekalkan fungsi sesuatu produk daging. Natrium nitrit ini hanya akan bertindak balas menjadi asid nitrus yang akan bertindak balas dengan kumpulan amines yang terdapat dalam protein. Tindak balas ini menghasilkan nitrosamin. Tindakbalas ini berlaku jika terjadi perlakuan haba ke atas makanan tersebut seperti menggoreng dalam minyak panas , membakar atau pun berlaku tindak balas disebabkan asid. Contohnya tindak balas asid di dalam perut manusia. Nitrosamin juga terdapat dalam rokok dan baja.
Kenapa guna bahan kimia nitrit dalam makanan?
Natrium nitrit atau pun potassium nitrit telah lama digunakan sebagai bahan untuk 'curing' daging ataupun mengawet dan mengekalkan warna pink pada produk daging. Selalunya dikenali sebagai curing salt atau pun salt peter. Di dalam sup ia digunakan bagi memekatkan sup. Walau bagaimanapun, kajian sains mendapati penggunaan garam nitrit ini boleh menyebabkan berlakunya perubahan struktur kimia kepada nitrus. Tindak balas nitrus dengan kumpulan amin di dalam protein inilah menyebabkan terhasilnya nitrosamin. Kadar yang dibenarkan oleh Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 ialah sebanyak 200 ppm. Ia adalah kadar yang amat sedikit.
Nitrosamin adalah karsinogenik
Nitrosamin ini telah dikenal pasti sebagai bahan yang karsinogen terhadap tubuh manusia. Ia boleh menyebabkan berlakunya kanser. Nitrosamin yang terkumpul di dalam tubuh boleh mengganggu sistem tubuh. Kekerapan mengambil makanan yang tinggi potensi tinggi nitrosamin boleh menyebabkan kita terdedah dengan penyakit kanser ini.
Makanan yang tinggi nitrosamin
Bagi mengenalpasti makanan yang tinggi nitrosamin, kita perlu kembali kepada puncanya iaitu garam nitrit. Jika garam nitrit berada dalam keadaan stabil ia tidak memberikan masalah. Namun, keadaan sebaliknya akan berlaku jika garam nitrit dikenakan haba dan asid, maka nitrosamin akan terhasil. Garam nitrit banyak digunakan dalam makanan berasaskan daging dan produk berasaskan protein. Jadi itulah masalahnya.
Contohnya produk daging seperti patti burger, beef jerky, salami, corned beef, dan frankfurter. Garam nitrit digunakan sebagai pengawet dan juga memberi warna merah jambu pada produk. Kesemua makanan ini mempunyai potensi untuk dikenakan tindakan haba dan tindakan asid. Jika setahun sekali tidak mengapa.
Namun gaya hidup hendak cepat dan pantas menyebabkan kita juga memilih makanan yang cepat dan pantas untuk disediakan. Makanan seperti burger, pizza dan sebagainya menjadi santapan hampir setiap hari masyarakat Malaysia. Selain berdepan dengan masalah obesiti, kanser juga boleh menghantui pengamal gaya hidup tidak sihat ini.
Fungsi Vitamin C dan Bioflavanoid sebagai agen pembentukan nitosamin
Seperti yang kita maklum, vitamin C dan bioflavanoid boleh bertindak sebagai antioksidan. Ia berfungsi untuk menghalang pembantukan nitrosamin di dalam makanan. Umpamanya , vitamin C dan bioflavanoid ini bertindak seperti tembok penghalang pertemuan antara nitrus asid dan kumpulan amin dari protein makanan.
Kadang kala kita memperlekeh fungsi buah - buahan yang kaya dengan vitamin C, namun itulah penawar bagi penyakit berbahaya ini. Namun gaya hidup yang hendak semuanya cepat dan pantas menyebabkan kita tidak mampu untuk makan buah - buahan segar setiap hari dan setiap kali hidangan.
Jadi saya mengesyorkan anda mengambil makanan tambahan seperti tablet Vitamin C. Shaklee mengeluarkan Vitamin C plus dengan tambahan bioflavanoid. Jika kita mengambil dos sebiji sehari sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan minimal tubuh kita. Tambahan makanan seperti buah - buahan dan sayur - sayuran segar boleh ditingkatkan setiap hari.
Jadikan amalan pemakanan sihat gaya hidup kita.
Untuk sebarang cadangan dan mendapatkan Vitamin C Plus Shaklee, boleh hubungi saya di
FB : Zunairah Abdul Ghani
Fan pages : Superfood Store Sabak Bernam
Blog : www.zunairahghani.blogspot.com
www.superfoodstoresb.blogspot.com
email : zunairahagi@gmail.com
no h/p: 012-2248189
No comments:
Post a Comment