Monday 19 August 2013

Cerita saya...

Ini cerita tentang saya..hihi..sebenarnya bila orang tanya atau minta saya perkenalkan diri..saya memang tak tahu nak cerita..Setiap kali semester baru bertukar dan saya masuk mengajar kelas baru..saya pasti terlupa nak cerita tentang saya..Sehinggakan apabila mereka nak hantar assignment baru tanya saya .."nama penuh puan apa?"..masa tu baru tersedar..hahaha..terukkan.

Jadi bila diminta oleh Cikgu Zaila untuk buat post pertama ni..saya gugup sebenarnya..haa kan dah dua perenggan.hehe..saya tulis entri ni sementara menunggu mesyuarat di pejabat. Kehidupan saya adalah agak sibuk..walaupun sebenarnya, saya rasa saya masih punya masa senggang..(tengah malam)

Tugas hakiki adalah sebagai pensyarah, namun baru - baru ni di amanahkan untuk jadi leader dalam unit. Masih mencari imbangan dalam berSHAKLEE dan berkerja tetap..Jujur saya katakan, awal - awal dahulu, hingga kini adalah tidak berjadual..mungkin sebab saya bekerja dengan komuniti setempat..Sabtu @ Ahad pun kadang - kadang masuk kerja..So sapa kata orang kerja gomen, duduk saja..haha..

Anak saya baru dua orang..selang setahun..huhu..awal - awal dulu kucar kacir rumah..tambah bila suami berkerja di Tawau..Memang tinggal sendiri untuk jaga anak..mengandung..checkup sendiri..masuk hospital pun sendiri..hihi..tapi semua tu pengalaman yang mematangkan saya. Awal perkahwinan, saya menjadi student di sebuah IPT..nak sambung impian..dalam masa yang sama mengandung..suami jauh..Allah sahaja yang tahu cabarannya..Namun saya berpegang dengan kata - kata abah.." Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu"

Jadi disebabkan banyak perkara memerlukan saya tip top, saya menemui SHAKLEE dan ia supplemen saya sehingga hari ini..best.Kadang - kadang tak sempat makan..mujur ada pengalas perut seperti SET 3 GEM.

ESP ni untuk bagi rasa kenyang , baiki sel dan semualah..best betul
Yang ni untuk control bendalir dalam badan saya sebab saya breastfeed anak.

ni multivitamin lengkap untuk orang malas macam saya..hari-hari makan belum tentu cukup zat.


Yeay dah abis mesyuarat..

Kesimpulannya, saya adalah seorang ibu kepada sepasang cahaya mata Khaulah Amni dan Muhammad Anas, seorang isteri kepada Muhamad Azam, seorang anak kepada dua orang cikgu pencen, seorang penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan, seorang saintis makanan (walaupun dah lama tak wat R&D), seorang pensyarah di sebuah kolej tempatan di daerah Sabak Bernam..nun di hujung negeri Selangor dan seorang pengedar bebas SHAKLEE...Hobi saya macam orang lain, suka membaca..ehehe..serius..kalau tengah baca..orang panggil nama pun tak dengar.

opps..panjang sudah..sekian..

No comments:

Post a Comment