Wednesday 1 January 2014

Vivix : Testimoni Dua Lelaki Dalam Hidup Saya

Dah bersawang blog ni saya tinggalkan. Ampun. Hari ni saya nak update kisah dua lelaki yang istimewa dalam hidup saya.

Lelaki 1 : Abah saya

Abah saya telah menggunakan Vivix hampir 3 botol setakat hari ini. Dia adalah pengidap kencing manis dan darah tinggi. Oleh kerana ubatnya banyak, saya hanya sarankan Vivix untuk keperluan hariannya. Dia seorang yang aktif dari muda hinggalah dah berpencen. Pencen pun seperti tidak berpencen. Kerap bermesyuarat, aktif persatuan dan kerap travel untuk mengajar anak didik baru dalam bidang perguruan.

Komen abah " Badan rasa lebih bertenaga untuk buat kerja. Otak pun macam tak letih bila membaca dan buat slide presentation. Tak delah rasa ngantuk macam selalu". Komen ini nampak biasa namun ia sebenarnya sangat penting untuk abah saya. Sebelum ini, abah kerap tertidur. Kalau drive acap kali kena berhenti untuk tidur kerana rasa letih yang melampau. Ini adalah simptom - simptom pesakit kencing manis. Pada usia 60 tahun, saya rasa beliau sangat aktif untuk mengeluarkan idea - ideanya dalam sektor pendidikan. Kadang - kadang hampir setiap minggu Abah turun mengajar di Bangi dengan perjalanan yang jauh dari Kedah. Gaya hidupnya sangat aktif dengan tambahan aktiviti kerja amalnya. Abah gembira saya senang hati. Semoga abah sihat selalu.

Lelaki 2 : Suami saya

Dulu semasa bujang saya sangat tidak suka lelaki yang merokok. Ambik kau, suami saya adalah seorang perokok. Hakikat yang saya terpaksa telan dalam - dalam. Namun, saya tidak duduk saja. Saya pasti menggunakan pelbagai cara untuk mengurangkan kadar konsumi rokok oleh cinta hati saya. Namun yang berbekas dan berkesan ialah Vivix.

Suami memang liat mengambil Vivix. Vitamin lain mudah saja. Entah kenapa. Namun saya bulatkan tekad supaya dia mencuba Vivix. Suami memang mengalami masalah pencernaan sebelum ini. Oleh itu, dia memang takut untuk mencuba sesuatu yang baru.Selalunya, saya yang menyediakan sesudu Vivix dan ia tidak consistent.Jika saya ada dan ingat, sang suami terpaksalah mengambil Vivix. Jika tidak, sejuk ajalah Vivix di dalam peti ais. Namun, hari ini, dengan tak semena - mena, dia mengambil Vivix sendiri. Saya lihat, dia cergas sahaja.Ini adalah kesan serta merta mengambil Vivix.

Kesan pertama :
Perut memulas seperti nak membuang tanpa dapat dielakkan lagi. Tinja yang keluar sangat hitam. Pastinya ia punca utama dia selalu tidak lawas sebelum ini.

Kesan kedua :
Tiada bau asap rokok pada nafasnya. Selalunya nafas perokok tidak menyenangkan terutama bagi hidung sensitif macam saya.

Kesan ketiga :
Dia sangat cergas hingga ke malam. Kalau tidak, awal - awal sudah berdengkur tanpa sempat menyiapkan kerjanya. Hari ini, sebelum tidur sempat bermain game video hingga ke tengah malam. Tak mengantuk katanya. Mujur esok kerja.

Kesan keempat :
Dia hanya merokok sekali sahaja tidak seperti malam - malam lain. Saya pasti, dia sendiri tidak sedar.Saya berdoa, dia akan berhenti merokok tanpa dia sedari.

sekian untuk catatan hari ini.

No comments:

Post a Comment