Thursday, 19 September 2013

RESEPI HOMEMADE KUE TEOW

Sebenarnya, ini resepi yang Zu ajar dalam Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan, Subjek Pemprosesan Hasil Bijian. Ada mee kuning, laksa, tempeh dan macam - macam lagi.

Dalam resepi ni tak ada bahan pengawet. Boleh cuba kat rumah dengan anak - anak. @ Nak praktis..meh datang Kolej Komuniti Sabak Bernam. Kami ada macam - macam kursus pendek hujung minggu dan hari bekerja.

Persatuan atau group yang berminat, boleh email Zu ok.Yuran serendah RM5-RM50.00 . Dapat buat sendiri, dapat bawak balik lagi.Mana nak dapat kat tempat lain.

Jadi bila amali, cikgu nye kenalah bertenaga. Sekali amali 3-6 jam sehari. Jadi kalau hari amali, Zu memang ambil full dose Vitalea. Maka saya akan jadi cikgu masak yang hebat.:). Moh ke resepinya.

Homemade Kue teow

A)          BAHAN MENTAH

1)          350g tepung gandum protein tinggi
2)          150g tepung beras
3)          1 biji putih telur
4)          200ml air
5)          2 g garam
6)          Tepung ubi kayu untuk ditabur atas meja
7)          Minyak secukupnya
8)          Air untuk merebus




1)          Masak air dan letak sedikit minyak dan biarkan mendidih.

2)            Satukan kedua-dua jenis tepung, putih telur dan air ke dalam mangkuk  adunan dan uli doh.

3)            Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta sehingga tepung nampak rata.

4)            Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua adunan habis dinipiskan.

5)            Masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar.

6)            Rebus sebentar sahaja sehingga kue teow timbul.

7)            Angkat dan toskan.

8)            Letak atas dulang dan gaul dengan minyak sewaktu kue teow masih panas supaya tidak melekat.

No comments:

Post a Comment