Superfood Store SB
PROMOSI SHAKLEE BULAN MAC IALAH ENERGISING SOY PROTEIN SHAKLEE BELI 6 PERCUMA 1
Wednesday, 22 January 2014
Testimoni Omega Guard Shaklee bantu kurangkan asthma
Didoakan sahabat saya ini , sihatlah hendaknya selepas ini. Moga - moga doa dari rakan - rakan boleh membantu menghilangkan penyakit asthma yang agak kronik ini. Ayat yang paling membuatkan saya terkesan ilah, KESIHATAN ITU LAGI MAHAL DARI DUIT. Betul tu, saya setuju.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Nama : Zunairah Abdul Ghani (907821)
No H/P : 012-2248189 (call @ sms @ whats app)gh j
Fan pages : Superfood Store Sabak Bernam
Blog : zunairahghani.blogspot.com @ superfoodstoresb.blogspot.com
Email : zunairahagi@gmail.com
atau anda boleh isikan borang yang tersedia di bawah blog.
Monday, 20 January 2014
Testimoni pengguna set kurus Shaklee
Katanya apabila berat turun, dia sangat seronok dan bertambah semangat untuk menurunkan berat badan. Maklum sahajalah berat asal ialah di bawah 50kg. Dia mahu mencapai berat ideal untuk dirinya bukan sahaja untuk kurus tetapi mengurangkan masalah asthma yang dihadapinya.
Apalagi kawan - kawan , jom turun berat dengan kaedah sihat dan selamat bersama Shaklee.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Nama : Zunairah Abdul Ghani (907821)
No H/P : 012-2248189 (call @ sms @ whats app)gh j
Fan pages : Superfood Store Sabak Bernam
Blog : zunairahghani.blogspot.com @ superfoodstoresb.blogspot.com
Email : zunairahagi@gmail.com
atau anda boleh isikan borang yang tersedia di bawah blog.
Saturday, 11 January 2014
Persediaan untuk bersalin dengan set berpantang Shaklee
Anda boleh masukkan tablet - tablet set berpantang Shaklee di dalam bekas pil untuk bekalan sehari anda di hospital. Tablet yang pertama ialah VITALEA. Vitalea ini dilengkapkan denga tambahan zat besi yang sangat bagus untuk pemulihan tenaga setelah bersalin. Di samping ia juga berfungsi untuk menambah darah yang telah dikeluarkann semasa proses bersalin. Vitalea merupakan sejenis multivitamin yang lengkap.
Kemudian , tablet B COMPLEX pula dilengkapkan dengan tambahan asid folik. B Complex berfungsi untuk meredakan ketegangan urat dan otot yang disebabkan oleh proses bersalin. Emosi juga distabilkan dan sangat baik untuk mengelakkan depresi seperti "gila meroyan". Ketika dalam tempoh berpantang, emosi kita mungkin kurang stabil, kerana ketika itu, hormon - hormon tubuh sedang menglami proses penstabilan. Ini kerana, hormon prolatin telah diaktifkan, manakala hormon seperti progesteron sedang mengalami proses timbal balik. Jadi, pada waktu inilah, vitamin B Complex memainkan peranannya.
Tablet vitamin C SUSTAIN RELEASE merupakan salah satu ciri unik pada vitamin Shaklee. Semua orang maklum, vitamin C adalah untuk meningkatkan sistem imun tubuh disamping memberi keserian pada kulit. Selain itu, ia juga membantu penyerapan vitamin - vitamin lain. Harus diingat, vitamin C tidak dihasilkan oleh tubuh kita, oleh itu kita perlu mendapatkan vitamin C dari sumber makanan seperti buah - buahan seperti limau dan oren. Walau bagaimanapun, ketika berpantang, mengikut budaya Melayu, kita jarang dihidangkan dengan buah - buahan tersebut dengan alasan ia sejuk. Di sinilah vitamin C Sustain Release Shaklee memainkan peranannya. Vitamin C adalah vitamin yang larut air dan jika ia berlebihan melebihi dos, ia akan dikumuhkan melalui air kencing. Anda jangan bimbang kerana vitamin C Shaklee dilengkapkan dengan sistem sustain release di mana ia kan dilepaskan secara perlahan - lahan ke dalam tubuh bagi mengelakkan pembaziran Vitamin C. Jadi tablet vitamin C Shaklee akan digunakan sepenuhnya oleh tubuh si penggunanya.
Akhir sekali, vitamin ZINC COMPLEX merupakan kombinasi vitamin Shaklee bagi set berpantang yang asas. Zinc complex membantu menyembuhkan luka akibat pembedahan atau luka akibat proses bersalin secara normal. Selain itu ia juga membantu penyembuhan luka secara luar dan dalam tubuh dengan lebih berkesan. Anda tidak perlu lagi minum dan makan sup haruan jika anda tidak menggemarinya. Ini kerana, anda dapat khasiat zinc complex secara terus dari vitamin Shaklee.
Lebih menarik lagi, Shaklee juga menawarkan GLA COMPLEX, ALFALFA COMLEX , LECITHIN, OSTEMATRIX, dan ESP sebagai tambahan untuk set berpantang anda. Mengikut pengalaman dan perkongsian oleh pengguna Shaklee, GLA Complex boleh membantu keseimbangan hormon tubuh anda. Kandungan vitamin E di dalamnya membantu mencantikkan kulit yang kusam akibat regangan ketika mengandung. Kesan strechmark juga semakin hilang. Siapa tak nak buat 'comeback' selepas bersalin kan? Yang paling best tentang GLA Complex ini, ia membantu menjarakkan anak jika diambil setiap hari secara semulajadi.
Bagi ibu - ibu yang berhasrat menyusukan bayi anda sepenuhnya, anda boleh menggunakan ALFALFA COMPLEX sebagai bantuan. Alfalfa sangat terkenal dan digunakan sejak sekian lama sebagai milkbooster. Cuma kini, ia telah dimudahkan cara pengambilannya setelah ia dihasilkan dalam bentuk tablet. Alfalfa yang banyak kebaikan itu, turut membantu menyahtoksin tubuh secara semulajadi. Ia bersifat alkali. Ia juga bertindak seperti kacip fatimah untuk wanita yang baru melahirkan anak.
LECITHINpula sangat bagus untuk proses memecahkan lemak - lemak yang terkumpul akibat mengandung. Selain itu, jika anda mengamalkannya, ia dapat mengurangkan keadaan di mana susu tersumbat atau "duct clog" pada payu dara anda. Anda juga boleh menggantika lecithin dengan OMEGA GUARD jika anda inginkan khasiat DHA. DHA membantu untuk mengurangkan kelupaan. Inilah yangg selalu dialami oleh ibu - ibu. Disamping itu Omega Guard membantu meningkatkan sistem imun tubuh anak dan ibu jika anda menyusukan bayi. Maklum sahajalah, jika anda menyusukan anak, anda tidak boleh makan ubat sebarangan. Insya Allah, anda akan lebih kurang melawat klinik berbanding sebelumnya jika anda mengamalkan Omega Guard.
Produk yang terakhir ialah OSTEMATRIX. Produk ini sangat bagus untuk mereka yang mengalami sembelit ketika berpantang. Anda akan rasa lebih lawas dan mudah membuang.Bukan itu sahaja, kalsium dan magnesium yang sangat bagus untuk tulang dan gigi merupakan bahan utama di dalam Ostematrix. Kalsium sangat penting untuk ibu bagi menggantikan kalsium yang hilang ketika proses penyusuan. Magnesium pula sangat penting untuk penyerapan kalsium. Jika anda membeli pil kalsium tanpa magnesium, ia hanyalah sia - sia sahaja kerana kalsium itu tidak daat diserap sepenuhnya. Jadi bertukrah kepada Shaklee kerana ia dibuat oleh pengkaji - pengkaji yang terbaik supaya anda dapat menikmati hasil produk makanan kesihatan yang terbaik.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Nama : Zunairah Abdul Ghani (907821)
No H/P : 012-2248189 (call @ sms @ whats app)gh j
Fan pages : Superfood Store Sabak Bernam
Blog : zunairahghani.blogspot.com @ superfoodstoresb.blogspot.com
Email : zunairahagi@gmail.com
atau anda boleh isikan borang yang tersedia di bawah blog.
Wednesday, 1 January 2014
Vivix : Testimoni Dua Lelaki Dalam Hidup Saya
Lelaki 1 : Abah saya
Abah saya telah menggunakan Vivix hampir 3 botol setakat hari ini. Dia adalah pengidap kencing manis dan darah tinggi. Oleh kerana ubatnya banyak, saya hanya sarankan Vivix untuk keperluan hariannya. Dia seorang yang aktif dari muda hinggalah dah berpencen. Pencen pun seperti tidak berpencen. Kerap bermesyuarat, aktif persatuan dan kerap travel untuk mengajar anak didik baru dalam bidang perguruan.
Komen abah " Badan rasa lebih bertenaga untuk buat kerja. Otak pun macam tak letih bila membaca dan buat slide presentation. Tak delah rasa ngantuk macam selalu". Komen ini nampak biasa namun ia sebenarnya sangat penting untuk abah saya. Sebelum ini, abah kerap tertidur. Kalau drive acap kali kena berhenti untuk tidur kerana rasa letih yang melampau. Ini adalah simptom - simptom pesakit kencing manis. Pada usia 60 tahun, saya rasa beliau sangat aktif untuk mengeluarkan idea - ideanya dalam sektor pendidikan. Kadang - kadang hampir setiap minggu Abah turun mengajar di Bangi dengan perjalanan yang jauh dari Kedah. Gaya hidupnya sangat aktif dengan tambahan aktiviti kerja amalnya. Abah gembira saya senang hati. Semoga abah sihat selalu.
Lelaki 2 : Suami saya
Dulu semasa bujang saya sangat tidak suka lelaki yang merokok. Ambik kau, suami saya adalah seorang perokok. Hakikat yang saya terpaksa telan dalam - dalam. Namun, saya tidak duduk saja. Saya pasti menggunakan pelbagai cara untuk mengurangkan kadar konsumi rokok oleh cinta hati saya. Namun yang berbekas dan berkesan ialah Vivix.
Suami memang liat mengambil Vivix. Vitamin lain mudah saja. Entah kenapa. Namun saya bulatkan tekad supaya dia mencuba Vivix. Suami memang mengalami masalah pencernaan sebelum ini. Oleh itu, dia memang takut untuk mencuba sesuatu yang baru.Selalunya, saya yang menyediakan sesudu Vivix dan ia tidak consistent.Jika saya ada dan ingat, sang suami terpaksalah mengambil Vivix. Jika tidak, sejuk ajalah Vivix di dalam peti ais. Namun, hari ini, dengan tak semena - mena, dia mengambil Vivix sendiri. Saya lihat, dia cergas sahaja.Ini adalah kesan serta merta mengambil Vivix.
Kesan pertama :
Perut memulas seperti nak membuang tanpa dapat dielakkan lagi. Tinja yang keluar sangat hitam. Pastinya ia punca utama dia selalu tidak lawas sebelum ini.
Kesan kedua :
Tiada bau asap rokok pada nafasnya. Selalunya nafas perokok tidak menyenangkan terutama bagi hidung sensitif macam saya.
Kesan ketiga :
Dia sangat cergas hingga ke malam. Kalau tidak, awal - awal sudah berdengkur tanpa sempat menyiapkan kerjanya. Hari ini, sebelum tidur sempat bermain game video hingga ke tengah malam. Tak mengantuk katanya. Mujur esok kerja.
Kesan keempat :
Dia hanya merokok sekali sahaja tidak seperti malam - malam lain. Saya pasti, dia sendiri tidak sedar.Saya berdoa, dia akan berhenti merokok tanpa dia sedari.
sekian untuk catatan hari ini.
Wednesday, 18 December 2013
Tips mendapat keahlian percuma Shaklee
Langkah 1
Anda kumpulkan 7 orang rakan & kaum keluarga yang berminat dengan produk promosi December iaitu omega guard.
Langkah 2
Anda hubungi saya dan buat pembayaran harga promosi ahli.
Langkah 3
Saya daftarkan anda sebagai ahli Shaklee.
Langkah 4
Anda menerima no ID Shaklee dan password untuk Shaklee order online.
Langkah 5
Anda layak membeli produk Shaklee pada harga ahli dan menjualnya pada harga runcit.
Bonus
Anda akn menerima bonus Shaklee pertama anda pada pertengahan bulan seterusnya sekitar RMxx.xx
Percuma
Konsultasi dari saya;jadual makan dan bimbingan percuma secara online & offline jika berminat untuk terlibat dalam perniagaan Shaklee.
Pasti anda mampu menjana pendapatan dengan Shaklee.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
012-2248189 (sms@call@whatsapp)
zunairahagi@gmail.com (email)