Saturday 23 November 2013

Kolesterol Bagaimana Kolesterol Menyumbat Pembuluh Darah Kita. (Atherosclerosis)



Kolesterol merupakan antara komponen penting bagi penghasilan hormon kita. Walau bagaimanpun, kolesterol dibina di dalam tubuh kita, oleh itu jumlah yang banyak di dalam darah tidak diperlukan. Kolesterol hanya ada dalam haiwan sahaja. Tumbuhan tiada kolesterol.

Diet pemakanan yang sihat sangat perlu. Bagi menggantikan lemak jahat dalam tubuh, kita perlu menggunakan lemak baik seperti omega 3. Shaklee menawarkan Omega Guard  dan CoQ Health plus sebagai makanan tambahan. Bukan sahaja orang dewasa, kanak - kanak juga boleh mengkonsumi Omega Guard Ini kerana ia kaya dengan DHA yang baik untuk perkambangan otak kanak - kanak.

kaya dengan omega 3

baik untuk kesihatan jantung


Bagi golongan berisiko seperti yang dinyatakan di dalam video ini, Shaklee menawarkan Vivix yang kaya dengan antioksidan dengan khasiat buah anggur muscadine. Anda boleh baca penulisan dan kupasan secara ilmiah yang saya tulis dalam entri sebelum ini.

http://superfoodstoresb.blogspot.com/2013/11/kebaikan-anggur-muscadine-vitis.html

resveratrol ialah sejenis antioksidan dari komponen polifenol yang kebanyakannya hanya ada dalam anggur muscadine.

Jadi tidak salah mencuba dan mencegah. Lebih baik mencegah daripada mengubati.

Boleh hubungi saya jika ada cadangan dan teguran untuk maklumat yang diberikan. Sampaikan yangbaik walaupun satu ayat.

email: zunairahagi@gmail.com
blog : superfoodstoresb.blogspot.com  &  zunairahghani.blogspot.com
no hp: 012-2248189
fanpages : superfoodstore sabak bernam
fb peribadi : zunairah binti abdul ghani


Thursday 21 November 2013

Iklan MyHEALTH : Makan Secara Sihat



Rasanya macam dah lama tak tengok iklan ni. Buat perubahan .Mudah aje.:)

p/s: Dalam iklan ini turut dimuatkan minum air masak. Jadi amalkan setiap hari.:)

Wednesday 20 November 2013

Shaklee VitaLea vs. One A Day Multivitamin



Mari kita lihat perbandingan antara multivitamin vitalea shaklee dan sejenis multivitamin jenama lain. Durasi video lebih kurang 6 minit bermakna , kadar penyerapan dan keterlarutan vitalea adalah kurang dari 6 minit. Ia larut sepenuhnya di dalam air. Ini bermakna ia mudah diserap oleh tubuh kerana 70% tubuh kita adalah air. Ia juga mudah dikumuhkan jika diambil berlebihan. Ia juga bermakna, ia akan berfungsi di dalam tubuh dengan lebih cepat.

Jom saksikan video ini.

Kebaikan anggur muscadine (Vitis rotundifolia) terhadap kesihatan manusia

Kajian yang dibuat oleh para scientist seperti William D Wagner yang dibentangkan pada 26 September 2009 telah menunjukkan anggur muscadine mengandungi pelbagai jenis fitonutrient yang memang secara santifik telah dibuktikan baik untuk kesihatan. Interaksi secara semulajadi di kalangan fitonutrient tersebut sangat penting untuk kesihatan. Kesemua fitonutrient tersebut berfungsi sebagai antioksidan, anti keradangan ke atas gen tertentu yang akan mengurangkan kesan penyakit kronik dan ia baik untuk kesihatan.

Anggur muscadine didapati merupakan sumber utama pelbagai jenis fitonutrient. Ada komponen fenol tersebut sangat tinggi dan ada yang tidak ada di dalam buah - buahan atau sayuran yang lain. Fungsi utamanya lebih difokuskan terhadap sifat anti keradangan dan kesannya terhadap gen @ DNA tertentu.

Kajian yang dijalankan menunjukkan terdapat lebih dari 1000 komponen phytonutrients yang kebanyakannya adalah dari keluarga polyphenolics. Antara komponen yang popular ialah Ellagic acid, Chlorogenic acid, Resveratrol, Anthocyanidins, vitamin C, catechins dan sebagainya. Komponen lain yang ada di dalam anggur muscadine ialah vitamins, minyak, serat, gula dan proteins. Anggur ini dipercayai mempengaruhi penyakit - penyakit utama di dunia sekarang seperti sakit jantung, kanser, strok dan arthritis.Selain itu, sifat antioksidan yang terdapat padanya disebabkan oleh kandungan polyphenolics anggur yang diakui lebih berkuasa daripada vitamin C dan E.

Kesannya terhadap jantung dan saluran darah


  • Amalan memakan anggur muscadine akan mengurangkan kesan pengoksidaan akibat sress terhadap jantung dan darah. 
  • Ia juga mengurangkan keradangan saluran darah dan mengurangkan pembentukan plak di dalam arteri.
  • Mengekalkan mekanisma dan kepekatan saluran darah yang memastikan tekanan darah berada di paras normal.
  • Menghalang pembekuan darah yan tidak normal.
Kesannya terhadap penyakit kencing manis @ diabetes

  • Mengurangkan sindrom metabolik
  • Mengawal kepekatan glukosa dalam darah
  • Mengurangkan kerosakan mata akibat sindrom metabolik
  • Menghalang pembentukan protein AGE
Sifatnya sebagai anti keradangan

  • Menghalang keradangan disebabkan oleh penyakit berikut :-
* Rheumatoid arthritis
* Gout
* Psoriasis
*Inflammatory Bowel Disease
*Colitis
*Atherosclerosis
*Diabetes
*COPD
*Asthma
*Allergies
*Alzheimer's @ nyanyuk
*Fibromyalgia

Resveratrol di dalam anggur muscadine

Kajian oleh Delmas et. al (2006) dan Anjana Bhardwaj et al. (2007) menunjukkan, revesratrol bertindak sebagai penghalang proses pembentukan sel kanser iaitu : pertumbuhan tumor, promotion, progression dan menghalang langkah akhir kanser iaitu angiogenesis dan metastasis. Menariknya, dos yang sedikit sudah mencukupi untuk menghalang pembentukan sel kanser atau menghentikan pertumbuhan sel kanser. Sifat ini menunjukkan kesan resveratrol mempunyai kesan spesifik terhadap gen @ DNA.

Pada tahun 2007, kajian yang dibuat oleh Tamaro et. al di University of Georgia mendapati serbuk kulit anggur muscadine membunuh sel kanser prostat disebabkan oleh kandungan resveratrol di dalamnya. Kajian oleh Mertens-Tallcott,S.U. et al. (2006) yang dikeluarkan dalam Agricalture Food Chemistry Journal menunjukkan kandungan ellagic axcid di dalam anggur muscadine mematikan sel kanser kolon. Ellagic accidnya juga memelihara sel tisu normal daripada ubat - ubatan kemoterapi (Yuce,A. et al., 2007).Selain itu, serbuk kulit anggur muscadine juga didapati menghalang penyakit leukimia (Carsten,R.E. et al. 2009). Banyak lagi kajian - kajian lain yang dilakukan terutama terhadap penyakit - penyakit utama seperti kanser payu dara dan keputusannya menunjukkan kandungan polifenol di dalam anggur muscadine mampu menghalang pembentukan dan mematikan sel kanser.

Di Malaysia, jus anggur muscadine di pasarkan oleh Shaklee sahaja. Oleh itu, jika anda berminat untuk mendapatkan jus anggur muscadine @ Vivix , sila hubungi saya atau pengedar bebas Shaklee yang lain. 
Anggur muscadine merupakan kandungan utama di dalam VIVIX Shaklee

Saya mengalu - alukan pendapat dan teguran daripada pembaca semua. Jika anda memilih saya sebagai s.i.d. anda, saya memberikan jaminan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

Hubungi saya di 

emel : zunairahagi@gmail.com
no h/p : 012-2248189
fanpages : superfood store sabak bernam
fb : zunairah abdul ghani 
blog : zunairahghani.blogspot.com @ superfoodstoresb.blogspot.com
        
Rujukan utama : Health Benefits of Muscadine Grapes oleh William D. Wagner, Ph.D

Tuesday 12 November 2013

Vitamin C menghalang pembentukan agen kanser dalam makanan segera

Baru - baru ini saya berkesempatan untuk membaca satu artikel berkenaan dengan Nitrosamin. Tajuknya nitrosamin penyebab kanser. Ada pula gambar burger. Apa kaitan nitrosamin dengan burger? Dalam entri ini saya akan kupas perkaitannya dengan kanser, dengan burger, dengan vitamin C dan bioflavanoid secara santai.


Apakah itu nitrosamin?

Nitrosamin merupakan komponen kimia yang terhasil akibat tindak balas kimia dalam makanan. Namun ia juga boleh terdapat dalam produk diperbuat dari getah. Di dalam produk makanan terutamanya produk hasilan daging dan juga tinggi protein, bahan seperti natrium nitrit digunakan bagi mengekalkan fungsi sesuatu produk daging. Natrium nitrit ini hanya akan bertindak balas menjadi asid nitrus yang akan bertindak balas dengan kumpulan amines yang terdapat dalam protein. Tindak balas ini menghasilkan nitrosamin. Tindakbalas ini berlaku jika terjadi perlakuan haba ke atas makanan tersebut seperti menggoreng dalam minyak panas , membakar atau pun berlaku tindak balas disebabkan asid. Contohnya tindak balas asid di dalam perut manusia. Nitrosamin juga terdapat dalam rokok dan baja.

Kenapa guna bahan kimia nitrit dalam makanan?

Natrium nitrit atau pun potassium nitrit telah lama digunakan sebagai bahan untuk 'curing' daging ataupun mengawet dan mengekalkan warna pink pada produk daging. Selalunya dikenali sebagai curing salt atau pun salt peter. Di dalam sup ia digunakan bagi memekatkan sup. Walau bagaimanapun, kajian sains mendapati penggunaan garam nitrit ini boleh menyebabkan berlakunya perubahan struktur kimia kepada nitrus. Tindak balas nitrus dengan kumpulan amin di dalam protein inilah menyebabkan terhasilnya nitrosamin. Kadar yang dibenarkan oleh Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 ialah sebanyak 200 ppm. Ia adalah kadar yang amat sedikit.

Nitrosamin adalah karsinogenik

Nitrosamin ini telah dikenal pasti sebagai bahan yang karsinogen terhadap tubuh manusia. Ia boleh menyebabkan berlakunya kanser. Nitrosamin yang terkumpul di dalam tubuh boleh mengganggu sistem tubuh. Kekerapan mengambil makanan yang tinggi potensi tinggi nitrosamin boleh menyebabkan kita terdedah dengan penyakit kanser ini.

Makanan yang tinggi nitrosamin

Bagi mengenalpasti makanan yang tinggi nitrosamin, kita perlu kembali kepada puncanya iaitu garam nitrit. Jika garam nitrit berada dalam keadaan stabil ia tidak memberikan masalah. Namun, keadaan sebaliknya akan berlaku jika garam nitrit dikenakan haba dan asid, maka nitrosamin akan terhasil. Garam nitrit banyak digunakan dalam makanan berasaskan daging dan produk berasaskan protein. Jadi itulah masalahnya.

Contohnya produk daging seperti patti burger, beef jerky, salami, corned beef, dan frankfurter. Garam nitrit digunakan sebagai pengawet dan juga memberi warna merah jambu pada produk. Kesemua makanan ini mempunyai potensi untuk dikenakan tindakan haba dan tindakan asid. Jika setahun sekali tidak mengapa.

Namun gaya hidup hendak cepat dan pantas menyebabkan kita juga memilih makanan yang cepat dan pantas untuk disediakan. Makanan seperti burger, pizza dan sebagainya menjadi santapan hampir setiap hari masyarakat Malaysia. Selain berdepan dengan masalah obesiti, kanser juga boleh menghantui pengamal gaya hidup tidak sihat ini.

Fungsi Vitamin C dan Bioflavanoid sebagai agen pembentukan nitosamin 

Seperti yang kita maklum, vitamin C dan bioflavanoid boleh bertindak sebagai antioksidan. Ia berfungsi untuk menghalang pembantukan nitrosamin di dalam makanan. Umpamanya , vitamin C dan bioflavanoid ini bertindak seperti tembok penghalang pertemuan antara nitrus asid dan kumpulan amin dari protein makanan.

Kadang kala kita memperlekeh fungsi buah - buahan yang kaya dengan vitamin C, namun itulah penawar bagi penyakit berbahaya ini. Namun gaya hidup yang hendak semuanya cepat dan pantas menyebabkan kita tidak mampu untuk makan buah - buahan segar setiap hari dan setiap kali hidangan.

Jadi saya mengesyorkan anda mengambil makanan tambahan seperti tablet Vitamin C. Shaklee mengeluarkan Vitamin C plus dengan tambahan bioflavanoid. Jika kita mengambil dos sebiji sehari sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan minimal tubuh kita. Tambahan makanan seperti buah - buahan dan sayur - sayuran segar boleh ditingkatkan setiap hari.

Jadikan amalan pemakanan sihat gaya hidup kita.

Untuk sebarang cadangan dan mendapatkan Vitamin C Plus Shaklee, boleh hubungi saya di

FB : Zunairah Abdul Ghani
Fan pages : Superfood Store Sabak Bernam
Blog : www.zunairahghani.blogspot.com
         www.superfoodstoresb.blogspot.com
email : zunairahagi@gmail.com
no h/p: 012-2248189